Ads 468x60px

Labels

Sunday 31 March 2013

Keahlian Shaklee Rich Mum Group

Apa Kelebihan Mendaftar Ahli Dengan Rich Mum Group?

  • Kami akan memberi anda ACCESS ke dalam Group FB tertutup dan Support Group untuk bisnes kami……yang mana hanya Ahli sahaja boleh masuk ke group ini.
  • Dalam Group2 ini, anda akan didedah dan diajar CARA MARKETING ONLINE, TIPS BERJAYA DALAM BISNES ONLINE, INFO DAN CARA PENGAMBILAN PRODUK, INFO TEKNIKAL DALAM MENGENDALIKAN BLOG, FB serta banyak lagi. 
  • Bahan-bahan visual dan teknikal untuk digunakan bagi tujuan promosi disediakan untuk anda.
  •  BEST OF BEST - dimana setiap bulan 3 orang yang mendapat TOP SALE akan menerima hadiah istimewa dari saya.
  • Pastikan anda menyertai kami untuk menjana pendapatan yang anda idamkan. 

    Testimoni Shaklee Collagen Powder

    Testimoni Shaklee Collagen Powder

    Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

    Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


    Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

    Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


    Collage Powder terbukti berkesan untuk:

    - Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
    - Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
    - Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
    - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
    - Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
    - Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
    - Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
    - Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
    - Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


    Justeru, kesan dan faedah pengambila Collagen Powder:
    Testimoni Shaklee Collagen Powder

    ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus. MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
    MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
    MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
    MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
    MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
    MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara

    Ok..jom ikuti testimoni mereka yang dah berjaya dengan shaklee collagen powder ni..memang mengujakan!!
     1.
    Testimoni Shaklee Collagen Powder

    kes 1: kulit customer ni sensitif, senang dapat sunburn walaupun tak berjemur. Alhamdulillah selepas makan tak sampai sekotak sudah nampak kesan positif. Hebat kan? 

    2.
    Testimoni Shaklee Collagen Powder
    kes 2 : Kulit semakin cerah selepas menggunakan shaklee collagen powder hanya dlm masa 2minggu.

    3. 
    Testimoni Shaklee Collagen Powder

    kes 3 : Pic 1st bleh nampak kerut/kedut kat muka.. Dan putih pucat.. Dan mmg nampak usia sbenar dia
    Pic 2 selepas collagen 1box.. Muka nmpak tegang,muda dan bersemangat. Nnti kalau aunty ni bagi pic dia lagi.l sy share.ni baru 1box collagen..dah tegang muka.
    Kalau tengok betul2, even dalam testimoni yang sebelum2 ni pun, tang bibir tu perasan tak makin moist dan pinkish gitu..dan tang kedut between kening tu nampak kan dan kurang..tegang tau..wrinkles slowly faded away..
    4.
    Testimoni Shaklee Collagen Powder

    Kes 4: Kulit semakin cerah,jeragat hitam semakin hilang..best kan tgok?
    5.
    Testimoni Shaklee Collagen Powder
    Kes 5 :
    Testimonial di atas adalah selepas penggunaan Shaklee Collagen Powder selama 2 minggu sahaja.Perubahan yang ketara - kulit wajah Aula kini lebih cerah, tidak lagi kusam and she looks glowing definitely 
    Ha..teruja tak tgok perubahan kulit mereka semua ni?best kan?anda pun boleh menjadi kulit secantik dan segebu mereka.
    Nakkan testimoni lagi??Jom baca ni pulak



    Testimoni Shaklee Collagen PowderTestimoni Shaklee Collagen PowderTestimoni Shaklee Collagen PowderTestimoni Shaklee Collagen Powder
    Testimoni Shaklee Collagen Powder

    Testimoni Set Slimming Shaklee

    Testimoni Set Slimming Shaklee

    Shaklee Diet Program...Ikut bajet Anda

    3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee

    LANGKAH PERTAMA : DETOX
    Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.


    Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

    LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
    Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

    Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

    LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
    Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

    Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

    Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu
    TESTIMONI mereka yang telah berjaya kurus dengan set slimming shaklee
    1.


    Testimoni Set Slimming Shaklee


    2.
    Testimoni Set Slimming Shaklee


    3.
    Testimoni Set Slimming Shaklee
    4.
    Testimoni Set Slimming Shaklee 
    5. 


    Testimoni Set Slimming Shaklee
    6.

    Testimoni Set Slimming Shaklee


     7.
    Testimoni Set Slimming Shaklee
    8.
    Testimoni Set Slimming Shaklee
     

    Salah Faham Dalam Penyusuan Susu Ibu

    Salah Faham Dalam Penyusuan Susu Ibu

    1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe

    atau sudu.


    2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital

    3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.

    4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?

    5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.

    6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam

    7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.

    8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.

    9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch

    10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu

    11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan

    12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T

    13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.

    14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.

    15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

    Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.


    10 Mitos Popular Berkaitan Penyusuan Susu Ibu

    10 Mitos Popular Berkaitan Penyusuan Susu Ibu
    Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

    Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir,

    saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.


    Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.

    Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

    Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.

    Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

    Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

    Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

    Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.

    Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

    Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.

    Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

    Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.

    Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

    Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).

    Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

    Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

    Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

    Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.

    Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
      


    Fahami Konsep Dan Kesan Healing Crisis

    Fahami Konsep Dan Kesan Healing Crisis


    Krisis Pemulihan, atau lebih dikenali sebagai Healing Crisis merupakan antara salah satu sebab ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. Mereka lebih takut dengan "krisis sementara" berbanding dengan kesan baik jangka panjang!

    Apakah Healing Crisis ini?

    Setiap kali badan kita cuba membaik pulih dirinya, krisis permulihan akan berlaku. Di antara proses membaik pulih secara efektif termasuklah nyahtoksin (detoxify), memperbaiki (repair) dan membina semula (regenerate). Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula.

    Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama:

    (1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan.

    (2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan.


    Dengan kata ringkasnya, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah LEBIH CEPAT berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan!

    Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:

    (1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
    (2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.

    Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah:

    (1) Sakit kepala
    (2) Letih lesu
    (3) Sakit otot
    (4) Rasa gelisah
    (5) Perubahan emosi
    (6) Gatal dan alahan kulit

    Ada juga yang mengalami kesan lebih hebat seperti:

    (7) Cirit-birit
    (8) Cramps
    (9) Loya
    (10) Demam/ Seakan-akan selesema (flu)
    (11) Jerawat di muka dan badan
    (12) Tekanan darah rendah

    Apapun yang and alami, ketahuilah bahawa kesihatan anda bukanlah semakin buruk, malah tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi semakin baik! Sedikit demi sedikit anda akan merasakan bahawa tubuh anda menjadi semakin normal. Namun, anda perlu bersabar untuk mengharungi fasa pemulihan ini yang berbeza di antara setiap individu.

    PERINGATAN:
    Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan!

    Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini?
    (1) Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.

    Tips:
    1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!

    (2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.

    (3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu - bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal!

    Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!

    (4) Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

    Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

    Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

    Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

    Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


    Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

    Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

    Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

    Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


    Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

    Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


    Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
    Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


    Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil
    Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

    Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

    1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

    2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

    3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

    4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

    5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

    6. Keadaan tubuh yang kronik


    Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

    Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
    Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
    Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
    Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
    Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
    Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
    Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
    Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
    Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
    Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
    Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
    Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
    Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
    Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
    Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
    Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
    Slight Edema (bengkak)

    Masalah buah pinggang


     

     

    Set Kesuburan Shaklee

    Set Kesuburan Shaklee

    Masalah kesuburan? Peluang tingkatkan kehamilan dengan supplemen.

    Masih "kosong"selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan mengundang keresahan ramai pasangan. Tekanan semakin hebat apabila bulan bertukar tahun,namun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba

    Bagaimana ini terjadi dan masih kah ada peluang untuk bergelar papa dan mama? Insyallah sekiranya anda berusaha jalan nya tentu ada.

    Secara umumnya kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh 1 pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur akan biasa akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama haid keluar). Disebabkan itulah sekiranya ingin merancang mempunyai anak disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu ini.

    Bagi lelaki masalah ketidaksuburan selalunya di kaitkan dengan sperma yang tidak normal,jangka hayat sperma terlalu singkat atau masalah ejakulasi. Masalah lain ialah seperti:
      Set Kesuburan Shaklee
    • Keradangan pada testis
    • Pembengkakan salur darah testis
    • Pengambilan alkohol
    • Merokok
    • Hormon tidak normal
    • Terdedah pada bahan kimia beracun
    • Saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman
    • Memakai seluar ketat
    Walaupun wujud pelbagai masalah berkaitan kesuburan ,ini bukanlah titik noktah kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Ada banyak cara boleh dilakukan  untuk membantu mendapatkan zuriat. Yang penting perlulah berusaha dan bersedia dari pelbagai aspek kerana rawatan kesuburan merupakan proses yang panjang.

    Tip kesuburan lelaki
    • Makan buah betik kerana ia kaya dengan vitamin C dimana vitamin ini mampu meningkatkan jumlah  dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan  sperma.
    • Berhenti merokok kerana boleh menyebabkan membrane sperma rosak dan mempengaruhi sperma mencapai sel telur
    • Banyak kan pengambilan zink kerana mampu mengaktifkan sperma.
    • Pakai seluar longgar bagi memastikan suhu alat kelamin terkawal
    • Kebersihan makanan
    • Minum banyak air kosong juga
    Tip kesuburan bagi wanita
    • Jaga pemakanan seperti elakkan jeruk,makanan ringan, minum alkohol dan berkabonat
    • Senaman berkala
    • Berhati-hati mengambil ubat kerana sesetengah ubat mempengaruhi kesuburan
    • Periksa rahim dengan berjumpa doktor manalah tau kan ada masalah dalam rahim
    Sekiranya ada antara anda yang mengesyaki anda dan pasangan berhadapan masalah kesuburan segeralah bertindak. Di sini saya mengesyorkan beberapa supplemen Shaklee yang boleh anda praktikkan sebagai salah satu usaha anda. Jom lihat apakah supplemen itu.

    Set kesuburan wanita (Family Wellness Set + Women's Health Set + Zinc) yang terdiri daripada:
    • ESP
    • B-Complex 
    • Vita-Lea
    • Vita-C
    • OsteMatrix
    • Omega Guard
    • GLA Complex 
    • Zinc Complex
    Set kesuburan lelaki (Family Wellness Set + Men's Vital Health Set) yang terdiri daripada:
    • ESP
    • B-Complex
    • Vita-Lea
    • Vita-C
    • Zinc Complex
    • Vita-E
    • Omega Guard 
    Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan kita. Anda boleh memilih secara "loose" mengikut keperluan dan bajet anda.

    Zinc Complex
    Set Kesuburan Shaklee
    Supplement yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

    Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.




    Vita-E Complex
    Set Kesuburan Shaklee


    Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.




    Vita-C
    Set Kesuburan Shaklee

    Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.





    B-Complex
    Set Kesuburan Shaklee


    Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).





    Vita-Lea
    Set Kesuburan Shaklee


    Mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.




    GLA Complex
    Set Kesuburan Shaklee


    Supplement wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.






    OsteMatrix
    Set Kesuburan Shaklee



    Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.





    Omega Guard
    Set Kesuburan Shaklee

    Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.

    Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 - Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.


    Esp

    Set Kesuburan Shaklee

    Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 

    ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.








    Apa perbezaan supplement Shaklee dengan supplements yang dijual di farmasi? Perbezaan utama adalah supplement keluaran Shaklee adalah semulajadi, bukan vitamin sintetik yang banyak di jual di kaunter farmasi. Dan Shaklee telah terbukti berkualiti dan telah mencapai Top 4 world's most effective vitamin (rating semasa entry ini dibuat). And among the Top 4 tue, Shaklee adalah supplement yang berstatus Halal yang paling ekonomi harganya.

    Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
    Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E & esp


     

    Petua Cepat Dapat Anak

    Petua Cepat Dapat Anak

    Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat.  Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.


    Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
    • Tiub fallopian tersumbat
    • Endometriosis
    • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
    • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
    • Masalah hormon
    • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
    • Menopous sebelum waktunya
    • Masalah tiroid
    • Fibroid

    Penyebab biologi di kalangan lelaki:
    • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
    • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
    • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
    • Menghidap hernia
    • Gangguan hormon
    • Salur sperma tersumbat
    • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

    Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
    • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
    • Stress dan tekanan
    • Pemakanan yang tidak sihat
    • Kekurangan zat
    • Amalan merokok atau meminum alkohol
    • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
    • Terdedah kepada pencemaran
    • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

    Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

    Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

     

    1. Bersenam

    Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

     

    2. Mengelakkan pencemaran

    Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

     

    3. Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

    Petua Cepat Dapat Anak

    Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


    1. Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
    Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

    2. B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
    Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

    3. Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

    4. Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

    5. Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

    6. Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

    7. Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan

    8. Esp - Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

    Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?
    Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

    Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
    Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E & esp

    Set Breastfeeding Shaklee - Apakah Kelebihannya?

    Set Breastfeeding Shaklee - Apakah Kelebihannya?

    Tahukah puan-puan apakah set Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan?

    Ia adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu, kerana kita dapati tidak semua orang sedar akan pertambahan ‘keperluan nutrien’ bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya.


    Lihat senarai ini:

    1. Tenaga (kilokalori)
    Wanita Normal : 2000
    Wanita Mengandung : + 150 – 350
    Wanita Menyusu : + 550

    2. Protein (g)
    Wanita Normal : 37
    Wanita Mengandung : + 13
    Wanita Menyusu : + 24

    3. Kalsium (mg):
    Wanita Normal : 450
    Wanita Mengandung : + 750
    Wanita Menyusu : + 750

    4. Ferrum (mg) :
    Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

    5. Vitamin A (mcg) :
    Wanita Normal/ Mengandung : 750
    Wanita Menyusu : + 450

    6. Vitamin D (mcg):
    Wanita Normal : 2.5
    Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

    7. Thiamine (mg) :
    Wanita Normal : 0.8
    Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

    8. Riboflavin (mg) :
    Wanita Normal : 1.2
    Wanita Mengandung : + 0.2
    Wanita Menyusu : + 0.3

    9. Niacin Equivalent:
    Wanita Normal : 1.3
    Wanita Mengandung : + 2.3
    Wanita Menyusu : + 3.6

    10. Asid Folik (mcg) :
    Wanita Normal : 200
    Wanita Mengandung : + 200
    Wanita Menyusu : + 100

    11. Vitamin B 12 (mcg):
    Wanita Normal : 2.0
    Wanita Mengandung : + 1.0
    Wanita Menyusu : + 0.5

    12. Asid Askorbik (mg) :
    Wanita Normal : 30
    Wanita Mengandung / Menyusu : + 20

    Lihat sahaja betapa ibu menyusu memerlukan LEBIH BANYAK dari wanita biasa. ternyata milk booster seperti longan kering tidak dapat membekalkan keperluan tersebut.
    Antara nutrisi yang agak kritikal semasa penyusuan ialah protein, kalsium dan kalori. Termasuklah vitamin-vitamin lain seperti vitamin B complex dan sebagainya.

    Kebanyakan milk booster membekalkan cuma satu ciri saja dalam keperluan nutrisi, misalnya soya membekalkan protein, longan kering membekalkan kalori, alfalfa membekalkan kalsium, dan sebagainya. Tapi dalam set breastfeeding Shaklee ni lengkap semua.
    Pernahkan ibu-ibu dengar bahawa stress boleh memberi kesan kepada susu? Apakah yang menyebabkan stress? Kebanyakan kes stress adalah disebabkan oleh kekurangan nutrient fizikal dan nutrient hati. Nurient fizikal ialah zat yang mencukupi manakala nutrien hati adalah zikrullah dan perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada Allah. Jadi, sebagai individu yang bertanggungjawab, apa lagi ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk bayinya, diri ibu juga perlukan zat yang terbaik.

    Cukupkah sekiranya hanya mengamalkan pemakanan sihat? Anda sendiri boleh menilainya… Zat makanan boleh hilang dalam proses-proses sebelum sampainya bahan makanan tersebut kepada kita; kemudian hilang lagi semasa proses memasak dan menyimpan, dan tubuh kita sendiri menjadi penghalang kepada penyerapan zat yang tinggal sikit tu akibat pengambilan makanan rapu, kafein berlebihan, stress dan sebagainya. Set breastfeeduiing Shaklee ni membekalkan nutrient dalam bentuk ‘pekat’ jadi tubuh kita akan mendapat semua kebaikannya.
    Yang  menariknya, set breastfeeding Shaklee boleh dikongsi bersama-sama suami dan ahli keluarga yang lain (kecuali kanak-kanak).


    Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Supplemen?

    Setiap orang yang mengambil supplement Shaklee (tak kira jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Kenapa begitu banyak?

    Lebih-lebih lagi bila mengambil vitamin untuk tambah susu, kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum banyak air? Kalau dah memang kena minum banyak air buat apa ambil supplement lagi?



    Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Supplemen?

    Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:
    1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
    2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
    3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
    Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.

    Cantik Dengan Shaklee Collagen Powder

    Shaklee Collagen Powder : Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan



    Cantik Dengan Shaklee Collagen Powder

    Ianya merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprieari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah.

    7 Bahan Utamanya :
    • Ekstrak biji benih Camellia, 
    • Japonica, 
    • ekstrak Pfaffia, 
    • kolagen ikan, 
    • ekstrak kerang-kerangan, 
    • lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B

    Keistimewaannya :

    • Kolagen bermolekul yang sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton*
    • mudah diserap oleh badan 
    • membantu peningkatan sistesi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
    • gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

    Kesan dan Faedah mengambil Kolagen

    • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
    • menghidratkan - melembapkan kulit bagii mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
    • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
    • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
    • menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
    • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
    • mengegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
    • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut. 

    TERBUKTI BERKESAN!

    Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.


    Jom ikuti testimoni yang telah berjaya dengan shaklee collagen power shaklee ni....

    Cantik Dengan Shaklee Collagen Powder

    sangat2 teruja kan tgok perubahan pada kulit wajah beliau... jom kita pun nak cantik dengan shaklee collagen powder juga!Dapatkan collagen powder anda hari ini juga..

    Cabaran & Halangan Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

    Halangan & Cabaran Buat Ibu Menyusu

    Kali ni kisah cabaran dan halangan yang kerap dan selalu dihadapi oleh ibu2 menyusu bayi.. Menyusukan bayi x semudah yang disangka.. Orang sangkakan ibu yang memberi susu botol je, susah sbb nak kena buat preparation yang banyak dengan botol susu, susu tepung, air panas dah tu kena bancuh, campur plak dgn air sejuk.. memang susah sikit, tapi menyusu badan tak susah cuma diberikan sedikit ujian dari Allah sebab susu ibu tak payah nak beli cuma, ujian Allah utk melihat sejauh mana keikhlasan, kekuatan dan ketabahan ibu menyusukan anaknya dan niat utama menyusukan anaknya...

    1) Susu yang tak keluar sebaik sahaja melahirkan
    Cabaran ni mmg rata2 ibu mengalaminya dan jarang ibu2 yang menyusu dapat menyusukan bayi sesudah kelahiran... Namun amalan, doa dan niat serta azam dan kekuatan, ibu2 dapat merasakan susu ibu keluar semasa mengandung lagi. saya Alhamdulillah dapat menyusukan shaura dan syaza sebaik sahaja kelahiran...  Alhamdulillah... rezeki kita tak sama, tetapi DOA senjata yang amat berguna...
    Cabaran & Halangan Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
    Doa banyakkan susu.. Surah al-Baqarah: Ayat 60
    2) Nipple crack
    Yang cabaran yg sangat menguji.. dialami ketika dalam pantang dan semasa baby menyusu terlalu kuat dan apabila baby dah tumbuh gigi awal... Biasanya 7 hari selepas breastfeeding baby kita akan alami nipple crack... memang kena tahan sakit dan kuatkan semangat nak susukan baby masa tu.. xde sapa yang dapat tolong, dan boleh mencuba ubat-ubatan dan cream utk lega kan sakit dan luka tu... sya juga alaminya dan memang kuatkan smangat dan x sapu apa2 ubat sbb saya yakin ianya hanya sementara sahaja...
    Cabaran & Halangan Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
    nipple sheild
    3) Nipple tenggelam
    Yang kadang-kadang dialami kerana faktor2 semula jadi... Masa mengandung lagi kita patut urut semasa mandi... dan nurse pun da cakap hal ni... untuk elakkan nipple mengecil dan tenggelam... tapi masalah ni boleh diselesaikan dengan mengepam susu atau memakai nipple sheild... ianya membantu.. namun kekuatan utk atasi masalah sebegini haruslah kuat dari ibu dan sokongan suami...
    Cabaran & Halangan Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
    4) Kurang sokongan
    Kurangnya sokongan dari keluarga terdekat dan orang sekeliling... Banyak info yang saya dapat, keluarga terdekat yang x menyokong breastfeeding contohnya suami, ibu, ibu mentua, kakak, ipar duai dan seumpamanya.. termasuk juga rakan sekerja dan org sekeliling... Orang yang berckap-cakp ni memang blh lemahkan semangat dan buatkan ibu2 menyusu tension... tapi fikir positif dan pekak kan telinga... untuk ahli keluarga, cari info2 pasal ilmu penyusuan moden, seprti cara pengedalian EBM, dan penyimpanan susu ibu, atau belikan buku Info pasal susu ibu dan ibu menysu yang bekerja... untuk pembacaan suami, ibu dan ibu mentua... Hal cakap2 org sekeliling lebih baik jgn amik kisah.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri... 
    Cabaran & Halangan Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
    Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) @ Facebook
    5) Kurang Ilmu dan Persediaan
    Inilah cabaran utama bagi ibu menyusu... tidak ada ilmu dan persediaan utk susukan bayi.. akhirnya bila berlaku semua masalah yang saya senaraikan di atas, mula mengalah dan patah semangat.. Cari dan galilah ilmu.. jika malas membeli buku, cubalah cari masa, gunakan hujung jari utk cari ilmu breastfeeding... saya cari gali ilmu breastfeeding melalui facebook melalui Kumpulan Ibu2 Menyusu... dan blog2 ibu menyusu dan memanfaatkan penggunaakn browser search pada google sepenuhnya... tiada alasan untuk berjaya bagi orang berkehendak...
    Usahalah selagi daya utk beri yang terbaik untuk si kecil... Kenapa org sangat war-war kan susu ibu.. ibu2 zaman dahulu pun susukan juga anak mereka, tapi xde rasa dan famous pun? sebabnya sekarang susu ibu ada persaingan dengan susu formula dan setelah kajian2 dibuat, ternyata, susu ibu lebih hebat dari susu formula... dan sedarlah, susu ibu anugerah semula jadi dari Allah, dan setiap ciptaan Allah ada kebaikannya... 


    468x60 Ads

     

    Sample text

    Sample Text


    160037146088


    10060032678526

    Sample Text